Wednesday, April 30, 2008

bidadarikah itu?

maaf wahai rakyat jelata..

ada rintihan yang harus didengari
ada keperluan yang harus dipenuhi
ada urusan yang harus diselesaikan

beta merasa seperti mahu berehat sementara...

ya.. setelah segala2nya..
walaupun masih belum selesai..

beta ingin memejamkan mata seketika

BETA SANGAT GEMBIRA -seminit selepas wisel berbunyi..

untuk seseorang , kimie, inah, diela, lupikirlahsendiri dan mereka yang tiada team untuk disokong....



dimaklumkan bahawa MAN UTD telah melangkah ke final Champions League setelah menang 1-0 ngan Barcelona td!!!

GLORY GLORY MAN UTD
inilah kegembiraan beta. <--- sila klik


ps: bukan sebab penalty yer
.

Saturday, April 26, 2008

Beta Kecewa

malam ini beta kecewa lagi..

bukan pasal Queen tido awal x tunggu beta..
bukan juga pasal hal rakyat2 beta..

beta dah kenalnya sejak zaman beta belum baligh lagi...
sampai zaman remaja, zaman belajar, zaman bujang sehinggalah beta kahwin, beta tak pernah lupakannya...
Queen sendiri x pernah merajuk kalau masa Beta nak bersama dengannya...

bukan sekali beta kecewa...
banyak kali...
tapi Beta tak akan sekali-kali tinggalkannya
tidak akan sekali-kali merajuk dengannya
walaupun malam ni beta kecewa lagi ...
tidak sekali-kali beta salahkannya..
Beta tau dia tidak bermaksud untuk mengecewakan beta...
apatah lagi untuk membuat beta bersedih...

bersabarlah sayang...
mungkin minggu depan kita akan bergembira...
kita akan bersama-sama ketawa dan bersuka ria...
dan..
anggaplah malam ini sebagai dugaan untuk kecemerlangan di masa hadapan...

lagipun
kalah ngan Chelsea 2 -1 sebab penalty x lah sesuatu yang mengaibkan...
semoga terus berjaya minggu hadapan..

GLORY GLORY MAN UTD!!!!


ps: kpd penyokong team lain, anda tidak digalakkan meninggalkan komen untuk mengelakkan daulah..

Wednesday, April 23, 2008

A

SALAH... huhu..

Tuesday, April 22, 2008

Sajer kongsi..

Beta pernah dengar dialog ni satu masa dulu..

Mamat A: U dh ada boyfriend ke?
Minah B: Ada … ramai…
Mamat A: Ooo… tak.. maksud I special boyfriend?
Minah B: Special pun ramai…

klu korang yg jd mamat tu, apa respon korang ms tu?
A: putus harapan
B: menyampahnyeee
C: kelu
D: U pandai loyar buruk laa.. (sambil cucuk mata kiri dia, tanda geram)
E: gua pedulik hapa, bukan gua nk ngurat lu pun!!

Sunday, April 20, 2008

koleksi AKU TAK TAHU 2

Satu ketika dulu,Persatuan Bujang Malaysia telah bersidang: tajuk forum malam tu…"AWEK, KERJAYA, SAMBUNG BELAJAR.. APA PILIHAN ANDA?".

Aku senyum je bila budak2 muda ni berkeinginan berbincang dan berforum mengenai satu tajuk yang aku rasa jarang2 orang nak timbulkan bila lepak ngan kawan2. Biasanya budak2 ni cerita pasal motor, kereta,futsal dsb...aku respek gak laa geng ni.

Hari ni (merujuk pd tarikh asal entry ni), aku rasa aku plak nak bersidang ngan rakan2 seintelek aku. walaupun tajuk yg aku akan timbulkan nanti merupakan tajuk yang boleh membuatkan aku kena pulau sebulan, tajuk yang sangat picisan bagi rakan2 aku, tapi..aku nak gak try timbulkan.. "KELUARGA, KERJAYA, KERJA SAMBILAN, SAMBUNG BELAJAR PHD.. APA PILIHAN ANDA?".

Friday, April 18, 2008

mereka juga ahli syurga... INSYAALLAH

setelah sekian lama x dengar berita tentang mereka, akhirnya aku berkesempatan mendapat perkhabaran tentang kehidupan sahabat2ku. merekalah juga bakal ahli2 syurga... InsyaALLAH

• ahli syurga jelita sorg ni dh bersalin w'pun sorg pun kwn2 x tau bla dia kwin
• ahli syurga jelita sorg ni plak nk kawin bln 6 ni...
• ahli syurga kacak sorg ni tgh setting Studio fotografi sndiri & jd organizer utk trip daki gunung . Team racer dia apa cite ntah.
• ahli syurga kacak sorg ni masih letih dgn bengkel ketenye w'pun ada ijazah dlm.'Nutrition'
. ahli syurga kacak sorg ni masih dalam usaha mencari cahayamata yang pertama... semoga berjaya
• ahli syurga kacak sorg ni dh ada anak 1 org, nmpk cam 'family oriented' sbb stay ngan ipar.
• ahli syurga jelita sorg ni dh pndh Sabah, mbina kehidupan baru.
• ahli syurga kacak sorg ni msih lg biarkn isterinya stay ngan family isteri w'pun anak dh 2.
• ahli syurga? jelita sorg ni rupa2nya masih lagi mabuk2... (biarlah husnudzon: semoga dia juga tergolong dalam golongan ahli syuga)

harap2 dapat tau perkhabaran yang lain walaupun aku tau ramai yang ada dlm ‘frenster’.

ps: Sorry saudara2ku, ‘frenster’ adalah tempat terakhir di alam cyber ini untuk aku mengetuk pintunya …

Thursday, April 17, 2008

koleksi AKU TAK TAU 1

CARA TERBAIK MELUAHKAN RASA BENGANG ANDA PADA RAKAN SEKERJA.

A. Jerit pd org yg kamu bengang itu.
B. 'kick her/his ass'
C. Lepaskan pd kwn sekerja lain yg lemah.
D. Bwa blk bengang anda dan lepaskan pada isteri/suami dan anak2
E. Lepaskan pd students anda
F. Pura2 tiada apa yg blaku & jd 'cool: (pastu tgu gunung berapi meletup).
G. Tiada jwpn di atas.

H. lbh baik break 10 min, amik air smbhyg, solat sunat, mengaji dan muhasabah diri.
(adakah anda sebaik ini)

Wednesday, April 16, 2008

koleksi perkara2 yang perlukan duit 3



speraker depan yang baru diketahui sudah pecah setelah ganti speaker belakang dan tambah power amp.

Friday, April 11, 2008

7 HARI TANPA TV



Sejak 3/4/08 haritu, aku dah x tgk siaran tv. setiap hari lebih banyak dihabiskan dengan radio, laptop, radio, laptop dan kerja2 yang sentiasa x siap2 sebab asyik tertunda. sebenarnya aku tak kisahpun, cuma aku perlu berlaku adil kepada semua ahli syurga yang lain.

semuanya berlaku bila si Iblis cuba2 menyelinap masuk lagi ke dalam syurga. Memang dia berjaya masuk sejak 3 minggu yang lalu dan dia berusaha menggoda ahli syurga 1 . Malangnya cubaannya menemui kegagalan kerana ahli syurga 1 tersedar tepat dpada masanya. Segala-galanya kerana rahmat daripada ALLAH SWT. kemudian rupa2nya dia cuba menggoda ahli syuga 2 pula. 3 hari ahli syurga 2 asyik marah2 pada ahli syurga 3 dan 4, tak kira pagi, petang atau malam. ahli syurga 1 pun x terkecuali daripada kena marah, walaupun x kena pada masanya. Nasib baik ahli syurga 1 dah tersedar seminggu yang lalu.




Kemuncaknya, pada pagi 3/4/08, lebih kurang pukul 1.37 pagi, ketika cubaan masuk ke dalam syurga.. si Iblis laknatullah.. dipanah petir! (disaksikan 'live' oleh ahli syurga 2).. sekali lagi rahmat daripada ALLAH SWT.

kesannya...
1. doa ahli syurga 1 termakbul
2. ahli syurga 2 sedar akan kesalahannya dan meminta maaf serta memaafkan semua kesalahan ahli2 syurga yang lain.
3. LCD TV, dekoder Astro, antena TV, fius utama meter elektrik, lampu limpah di luar dan wayar 'extension' rosak sepenuhnya!!
4. kabel antena terbakar dan dinding berlubang
5. bumbung bocor sbb 2 keping genting pecah
6. (lupa lah)

8/4/08 setelah teringat pagi 9/4 nanti, Man Utd ada game suku akhir Champion League, terus aku cepat2 daftar astro baru dan ready tv lama yang masih boleh pakai. malangnya, sampai pukul 2.30 pagi, astro aku masih blm blh on!!!! nasib baik MU menang...

Thursday, April 10, 2008

SELAMAT HARI JADI AHLI SYURGA 3

Semoga ALLAH memnjangkan umurmu..

Dimurahkan rezeki,

memberikan petunjukNya TaufikNYa dan HidayahNYa...

menjadikanmu dalam golongan orang2 yg beriman..

dijauhkanNYA daripada segala bencana..

didekatkanmu dengan perasaan kasih sayang, cinta mencntai dan hormat menghormati antara semua makhlukNya..

dan

segala-galanya yang Mahmudah hanya untukmu...

Monday, April 7, 2008

koleksi perkara2 yang perlukan duit 2


rim import yang sudah bengkok, mungkin langgar lubang..

Sunday, April 6, 2008

Friday, April 4, 2008

TRIBUTE TO MR MM

SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MR MM KERANA BLOG DIA AKU TERJEBAK DALAM KANCAH INI..
(PENULISAN DI BAWAH ADALAH 100% KEPUNYAANNYA - TETAPI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ENTRI KEDUA AKU )

Kekantulan Identiti
Sejak kebelakangan ini ramai kawan-kawan aku bertanyakan aku sama ada aku mempunyai blog atau tidak. Kalau kamu perasan, identiti sebenar aku memang aku tak dedahkan di sini, dan sebenarnya aku pun sendiri tak tahu mengapa.

Memang agak penat aku menolak anggapan tentang si empunya blog ini, jadi sebagai bonus untuk hari ini, aku akan dedahkan identiti sebenar aku.

Aku sebenarnya Faizal Hussein, anak Hussein Abu Hassan. Filem lakonan kegemaran aku ialah 'Gila-Gila Remaja'.

Tak mungkin.

Sebenarnya mudah sahaja sebab aku inginkan identiti aku dirahsiakan. Aku inginkan kredibiliti asli, tanpa menggunakan identiti sebenar aku sebagai kredibiliti, atau pun punca yang akan mempengaruhi kredibiliti aku. Tak ramai yang tahu siapa aku, tapi bagi yang tahu, atau yang rasa-rasa tahu, ingatlah kata si Ben Parker, 'With great power comes great responsibility'. Bukan kuasa aku, tapi kuasa dengan rahsia aku yang kamu simpan.

Aku rasa aku belum sampai tahap si Ahmad Kamal Abu Bakar (dua minggu berturut-turut aku pergi ke kelab kegemaran kau tapi kau tak datang beb...). Dan aku juga tak ingin dituduh menggunakan blog untuk mendapat perempuan, sebab memang sudah ramai pun kawan-kawan perempuan aku. (Bukan aku bermaksud AKAB gunakan blog untuk mendapatkan perempuan, ya?)

Cerita pasal perempuan ni, ya, aku telah membuat keputusan drastik dua hari lepas. Jadi, sekarang, secara rasminya, aku tiada teman wanita dan kembali single. Sesiapa yang ingin berbalas e-mel atau menghantar gambar berlurah dada sila alamatkan ke e-mel aku, dan aku akan membalas e-mel kamu secepat mungkin.

Maaf, nukilan pendek hari ini, kerja banyak menimbun-nimbun bagai pohon yang rimbun.

Thursday, April 3, 2008

SALAM...

Salam sejahtera wahai ahli syurga .... Jila kamu menjumpai mini blog ini, dimaklumkan ia adalah kelahiran kedua. Yg pertama? aku dah delete laa..