Friday, May 23, 2008

B

SALAH... huhu

Thursday, May 22, 2008

THANX

TERIMA KASIH

ini mungkin coretan terakhir beta mengenai bolasepak Inggeris umumnya dan Man. Utd. khususnya...

thanx 2 Oliver for being such a good supporter n my friend.

juga kepada seseorang kerana menjadi musuh yang sangat sporting

tidak lupa kpd Queen yang setia dan bersabar dengan kerenah beta, sebab menjerit pagi2 buta keriangan...

dan juga kepada anda..

ya.. anda yang sedang membaca...

(sambil mengata.. boringnye laa blog King ni, x abih2 psal MU dia.......)

ataupun

(best gak blog King ni yer...)

diingatkan ini hanyalah mini blog @ blog bonsai @ pre-blog, kalau nk baca real blog, laman lain mungkin lebih sesuai....

TAHNIAH MAN UTD

GLORY GLORY MAN UTD

Wednesday, May 21, 2008

KALAU ANDA GEMBIRA!!??!!

Memang memeritkan bila kalah sebab penalti bukan..

tetapi itulah bolasepak..

yang penting MENANG...

betul x ????

marilah bersama-sama kita menyanyikan lagu ini untuk Chelsea...

juga untuk seseorang yang menulis

(yaa.. beta memang tergamam seketika..)

marilah bersama-sama, jangan malu-malu


KALAU ANDA GEMBIRA TEPUK TANGAN...
PAK..PAK

KALAU ANDA GEMBIRA TEPUK TANGAN...
PAK..PAK

KALAU ANDA GEMBIRA..

BEGINILAH CARANYA..

KALAU ANDA GEMBIRA TEPUK TANGAN...
PAK..PAK

GLORY GLORY MAN UTD!!!!!!!!!


FINAL CHAMPIONS LEAGUE

full time
MAN UTD 1 - 1 CHELSEA

extra time
MAN UTD 1 - 1 CHELSEA

penalties
MAN UTD 6 - 5 CHELSEA





Tuesday, May 20, 2008

24 jam yang panjang...

IF YOU KNOW WHAT I MEAN....


SUSU TUMBUHAN???




Cuti 3 hari baru-baru ni, beta amik peluang melawat tanah jajahan. Sambil melawat rakyat2 yang rata2 cerita tentang kenaikan beras, beta terpaku melihat satu papantanda di salah satu gedung membeli belah terkemuka...

Yang beta tahu, 'Susu Tumbuhan' bukan ker merujuk kepada susu getah! kalau nk alih bahasa "Growing Up Milk" tukarlah pada "Susu Pertumbuhan".

"tumbuhan" dengan "pertubuhan" sama ker??!!!




So, rakyat2 sekalian.....tolong jangan minum susu getah!

Thursday, May 15, 2008

SELAMAT HARI GURU



Beta tau mesti ramai yg bt n3 pasal Hari Guru ni kan..

So, beta tak yah laa tulis lg yer,

cuma Beta nak ucapkan:

TERIMA KASIH SEMUA GURU,
HALALKAN SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN,
SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA YG KALIAN TABURKAN
WALAUPUN KALIAN SUDAH TIADA LAGI.
AMIN...

Tuesday, May 13, 2008

ALHAMDULILLAH 2



Inilah sebenarnya kegembiraan terbaru beta...








Monday, May 12, 2008

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH YA ALLAH



HAMBAMU INI AMAT2 BERSYUKUR



KEGEMBIRAAN MENIMPA-NIMPA KE ATAS HAMBAMU INI



DARI HARI KE SEHARI..



DAN AKU SEPATUTNYA HARUS LEBIH TUNDUK KEPADAMU



SMOGA TIDAK TERLEKA DALAM KEGEMBIRAAN INI

Sunday, May 11, 2008

YEARGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

cukuplah malam itu beta kecewa

kerana beta mahu sentiasa berasa
sangat gembira

dan

detik-detik indah malam ini

seolah-olah melengkapi minggu bahagia beta

seolah-olah melengkapi hari keraian beta

sekian lama menunggu saat ini

penantian yang ternyata tidak sia-sia

terima kasih
kekasih

kerana terus menggembirakan beta

daripada pertama hingga kesepuluh kali ini

semoga kita terus kekal selamanya....

YEARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
wIGAN 0 - 2 MAN UTD

Thursday, May 8, 2008

OUTSTATION

beta ke luar negara* atas urusan rasmi dari 7.00 pm 9/5/08 hingga 11.00 pm 11/5/08
*lokasi dirahsiakan atas sebab2 keselamatan

Wednesday, May 7, 2008

TAG?

apa itu TAG? 'Twilight Action Girl'? sekumpulan pasukan keselamatan di Jepun yang salah seorang ahlinya ialah Ultraman? tanda khas yang menunjukkan 'kepunyaan' seseorang?
sama ke ngan TAGLINE? world.. kasi gegar.. redah jer.. lupikirlahsendiri.. dsb..


ahh.. pedulikan maksudnya.. walaupun memang beta tak faham sebenarnya...sapa2 yang tau blh laa ajar beta yer..
yang beta tau skrg beta kena jawab 2 TAG untuk beta.

"beta kena jawab 2 TAG untuk beta":
betul ke ayat tu?

TAG drpd kelat
Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.


1.suka berangan ttp mls berusaha
2.Suka dgr radio kuat2
3.x pndai menyusun prioriti
4. 'family oriented'
5.suka tolong orang
6. X brani bt jahat kt org lain

7. X pernah bgtau Queen psl blog ni..


ps: mana yg randon mana yg weird pun beta x tau



TAG drpd PearlEJ


List Out The Top 5 Presents You Wish For And The Reason Y??-


1. pakej percuma mengerjakan haji & umrah serta ziarah utk 7 org - Beta nak bawak Queen, 2 anakanda, ayahanda dan bonda serta bonda Queen.
2. Pakej percuma pengubahsuaian dalaman rumah lengkap & lanskap luaran - teratak beta dah uzur sangat... macam haunted house walaupun baru setahun pindah.
3. Pakej percuma pengubahsuaian kereta bersama sistem bunyi stereo yang lengkap & mantap - beta memang seorang yang sukakan kereta yang diubahsuai menarik dan dengar muzik kuat2 sambil memandu.

4. Stylus baru, ganti yg patah @pun PDA baru terus... (model terkini) - stylus PDA beta ni dah 3 bln patah dan masih blm ganti2 lg. tnya kdai semua ckp dh xde stok!!


5. Wang tunai RM50 juta (bukan rupiah yer) tnpa pngetahuan org ramai - klu dpt yg no 5 ni silalah abaikan yang semua di atas sbb beta blh guna duit ni utk dapatkan semua yg di atas. knp tanpa pengetahuan org ramai? sajer...

ps: ada sapa2 nk bagi?? sila kontek beta segera untuk tindakan selanjutnya..







tau.. lepas ni beta kene pass TAG ni kat org lain kan??? blh x sape2 yg nak kan TAG2 di atas ni dengan sukarelanya menge'tag' diri sendiri dengan kebenaran beta. TERIMA KASIH..





Sunday, May 4, 2008

tuanku???

ada x kata ganti nama kedua (KGN 2) yg 'kerakyatan' skit?
Beta x selesa plak lu org panggil beta 'TUANKU'

ps: KGN 1 tu dah sesuai kot.. hehehe..

Khas Buat ...

khas buat Missfanaqila,

lanjutan daripada komentar;

“jadi maksudmu king, manusia yg mencintai saudaranya atau sesama Islam spt mana dia mencintai diri sendiri itu mempunyai iman yang sempurna? begitu?
hadis dari mana ya king? i berkeinginan tinggi nak tau ni. tlg berjelaskan lagi dgn lebih dlm.”

inilah respon beta:
Hadis yg dimaksudkan:

Daripada Anas bin Malik,
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak dinamakan mukmin (iman yang sempurna) salah seorang daripada kamu, sehingga dia mencintai saudaranya seperti cinta sayangnya kepada dirinya sendiri”
(riwayat Bukhari)

Ia daripada buku yang beta baca, Jalan Menuju Syurga, penulis Al-Habib Alwy Al-Haddad (judul asal Nashooihud Diniyyah Wal Wasoya Al-Imaniyyah). Dalam buku ini juga dijelaskan bahawa ia adalah salah satu daripada hak2 yang kuat sesama orang Islam iaitu ‘mencintai sesame Islam sebagaimana mencintai diri sendiri, membenci terhadap perlakuan buruk mereka sebagaimana kita membenci terhadap diri kita apabila ditimpa keburukan itu’.

jd, bukan maksudnya spt yg Missfana tulis di atas.

begini…

1. Kita sebagai makhluk Allah mempunyai 2 jenis hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan dengan sesama manusia (hablumminannas). Kita diwajibkan menyempurnakan kedua2 hubungan untuk mencapai iman yang sempurna. Menjaga satu jenis hubungan sahaja tidak memadai untuk mencapai kesempurnaan iman. Jadi, walaupun kita rasa yang kita mencintai saudaranya atau sesama Islam spt mana kita mencintai diri sendiri, belum pasti lagi kita mempunyai iman yang sempurna jika kita mengabaikan hubungan dengan Pencipta. contoh: sempurnakah iman seseorang jika dia tidak pernah meninggalkan solat jemaah di masjid tetapi suka mengumpat dan memfitnah? sempurnakah iman seseorang jika dia berbuat baik kepada semua orang tetapi tidak suka mengerjakan solat?

2. Dalam hubungan antara manusia itu, haruslah kita meletakkan rasa cinta dan kasih sayang itu kerana Allah Taala, dan kerana keagunganNya. Tidak diharapkan sesuatu balasan daripada orang yang dikasihi itu. Kasih sayang yang seumpama inilah yang diharapkan dikurniakan kesempurnaan iman oleh Allah SWT.

segala yang baik daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan beta sendiri.

wallahualam…

Friday, May 2, 2008

bidadarikah itu 2?

maaf wahai semua rakyat jelata..
beta memang mahu berehat sementara...
proses hibernasi ini mungkin tidak lama..

bersabarlah...

ps: tag drpd kelat dan pearlEJ,
juga penjelasan lanjut utk missfanaqila
serta respon utk komen2 N3 sblm ni,
nanti2 laa yer....