Sunday, May 4, 2008

Khas Buat ...

khas buat Missfanaqila,

lanjutan daripada komentar;

“jadi maksudmu king, manusia yg mencintai saudaranya atau sesama Islam spt mana dia mencintai diri sendiri itu mempunyai iman yang sempurna? begitu?
hadis dari mana ya king? i berkeinginan tinggi nak tau ni. tlg berjelaskan lagi dgn lebih dlm.”

inilah respon beta:
Hadis yg dimaksudkan:

Daripada Anas bin Malik,
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak dinamakan mukmin (iman yang sempurna) salah seorang daripada kamu, sehingga dia mencintai saudaranya seperti cinta sayangnya kepada dirinya sendiri”
(riwayat Bukhari)

Ia daripada buku yang beta baca, Jalan Menuju Syurga, penulis Al-Habib Alwy Al-Haddad (judul asal Nashooihud Diniyyah Wal Wasoya Al-Imaniyyah). Dalam buku ini juga dijelaskan bahawa ia adalah salah satu daripada hak2 yang kuat sesama orang Islam iaitu ‘mencintai sesame Islam sebagaimana mencintai diri sendiri, membenci terhadap perlakuan buruk mereka sebagaimana kita membenci terhadap diri kita apabila ditimpa keburukan itu’.

jd, bukan maksudnya spt yg Missfana tulis di atas.

begini…

1. Kita sebagai makhluk Allah mempunyai 2 jenis hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan dengan sesama manusia (hablumminannas). Kita diwajibkan menyempurnakan kedua2 hubungan untuk mencapai iman yang sempurna. Menjaga satu jenis hubungan sahaja tidak memadai untuk mencapai kesempurnaan iman. Jadi, walaupun kita rasa yang kita mencintai saudaranya atau sesama Islam spt mana kita mencintai diri sendiri, belum pasti lagi kita mempunyai iman yang sempurna jika kita mengabaikan hubungan dengan Pencipta. contoh: sempurnakah iman seseorang jika dia tidak pernah meninggalkan solat jemaah di masjid tetapi suka mengumpat dan memfitnah? sempurnakah iman seseorang jika dia berbuat baik kepada semua orang tetapi tidak suka mengerjakan solat?

2. Dalam hubungan antara manusia itu, haruslah kita meletakkan rasa cinta dan kasih sayang itu kerana Allah Taala, dan kerana keagunganNya. Tidak diharapkan sesuatu balasan daripada orang yang dikasihi itu. Kasih sayang yang seumpama inilah yang diharapkan dikurniakan kesempurnaan iman oleh Allah SWT.

segala yang baik daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan beta sendiri.

wallahualam…

14 comments:

  1. :)

    tazkirah dari seorang hamba untuk tatapan bersama

    good one bro :)

    ReplyDelete
  2. peh..insaf patik dengor tuanku..

    ReplyDelete
  3. takbir! Setuju. utk tambahan, la ni kalo cinta disabitkan dgn nafsu semata2 psti tak ke mana! Thanks 4 sharing... =)

    ReplyDelete
  4. fuhh, lengkap n padat.. :) pengetahuan membina..

    ReplyDelete
  5. inah,
    :) TQ

    kimie,
    ko dengor ke? beta ingat ko baca... :)

    ahib0205,
    AllahuAkbar,
    beta setuju gak..
    welcome

    pearl,
    :)


    panda,
    kp senyum terbalik?

    kelat,
    welcome..welcome

    ReplyDelete
  6. tuanku,
    lawatan pertama hamba ke istana tuanku ..

    penerangan tuanku jelas amat..

    ReplyDelete
  7. Time Kaseh King ats penjelasan yg begitu jelas tentang Mencintai Saudara sesama Islam.

    Anda membuatkan daku insaf tentang kekurangan diri ni. Thanks.

    ReplyDelete
  8. aku baca smbil mendengar king...

    ReplyDelete
  9. kpd semua..

    sama2 laa kita memberi maklumat dan informasi yer...

    TQ..TQ

    ReplyDelete
  10. hablumminannas sgt penting kerana manusia sesama manusia sukar memaafkan..ada dendam yang selalu tersimpan dalam hati..jadi,penting untuk menjaga hati semua manusia disekitar kamu..hablumminallah pula...erm..allah maha mengasihani..

    ReplyDelete
  11. seseorang..
    sangat benar.. Allah Maha Mangasihani..

    ReplyDelete