Friday, April 11, 2008

7 HARI TANPA TV



Sejak 3/4/08 haritu, aku dah x tgk siaran tv. setiap hari lebih banyak dihabiskan dengan radio, laptop, radio, laptop dan kerja2 yang sentiasa x siap2 sebab asyik tertunda. sebenarnya aku tak kisahpun, cuma aku perlu berlaku adil kepada semua ahli syurga yang lain.

semuanya berlaku bila si Iblis cuba2 menyelinap masuk lagi ke dalam syurga. Memang dia berjaya masuk sejak 3 minggu yang lalu dan dia berusaha menggoda ahli syurga 1 . Malangnya cubaannya menemui kegagalan kerana ahli syurga 1 tersedar tepat dpada masanya. Segala-galanya kerana rahmat daripada ALLAH SWT. kemudian rupa2nya dia cuba menggoda ahli syuga 2 pula. 3 hari ahli syurga 2 asyik marah2 pada ahli syurga 3 dan 4, tak kira pagi, petang atau malam. ahli syurga 1 pun x terkecuali daripada kena marah, walaupun x kena pada masanya. Nasib baik ahli syurga 1 dah tersedar seminggu yang lalu.




Kemuncaknya, pada pagi 3/4/08, lebih kurang pukul 1.37 pagi, ketika cubaan masuk ke dalam syurga.. si Iblis laknatullah.. dipanah petir! (disaksikan 'live' oleh ahli syurga 2).. sekali lagi rahmat daripada ALLAH SWT.

kesannya...
1. doa ahli syurga 1 termakbul
2. ahli syurga 2 sedar akan kesalahannya dan meminta maaf serta memaafkan semua kesalahan ahli2 syurga yang lain.
3. LCD TV, dekoder Astro, antena TV, fius utama meter elektrik, lampu limpah di luar dan wayar 'extension' rosak sepenuhnya!!
4. kabel antena terbakar dan dinding berlubang
5. bumbung bocor sbb 2 keping genting pecah
6. (lupa lah)

8/4/08 setelah teringat pagi 9/4 nanti, Man Utd ada game suku akhir Champion League, terus aku cepat2 daftar astro baru dan ready tv lama yang masih boleh pakai. malangnya, sampai pukul 2.30 pagi, astro aku masih blm blh on!!!! nasib baik MU menang...

No comments:

Post a Comment