Friday, April 4, 2008

TRIBUTE TO MR MM

SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MR MM KERANA BLOG DIA AKU TERJEBAK DALAM KANCAH INI..
(PENULISAN DI BAWAH ADALAH 100% KEPUNYAANNYA - TETAPI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ENTRI KEDUA AKU )

Kekantulan Identiti
Sejak kebelakangan ini ramai kawan-kawan aku bertanyakan aku sama ada aku mempunyai blog atau tidak. Kalau kamu perasan, identiti sebenar aku memang aku tak dedahkan di sini, dan sebenarnya aku pun sendiri tak tahu mengapa.

Memang agak penat aku menolak anggapan tentang si empunya blog ini, jadi sebagai bonus untuk hari ini, aku akan dedahkan identiti sebenar aku.

Aku sebenarnya Faizal Hussein, anak Hussein Abu Hassan. Filem lakonan kegemaran aku ialah 'Gila-Gila Remaja'.

Tak mungkin.

Sebenarnya mudah sahaja sebab aku inginkan identiti aku dirahsiakan. Aku inginkan kredibiliti asli, tanpa menggunakan identiti sebenar aku sebagai kredibiliti, atau pun punca yang akan mempengaruhi kredibiliti aku. Tak ramai yang tahu siapa aku, tapi bagi yang tahu, atau yang rasa-rasa tahu, ingatlah kata si Ben Parker, 'With great power comes great responsibility'. Bukan kuasa aku, tapi kuasa dengan rahsia aku yang kamu simpan.

Aku rasa aku belum sampai tahap si Ahmad Kamal Abu Bakar (dua minggu berturut-turut aku pergi ke kelab kegemaran kau tapi kau tak datang beb...). Dan aku juga tak ingin dituduh menggunakan blog untuk mendapat perempuan, sebab memang sudah ramai pun kawan-kawan perempuan aku. (Bukan aku bermaksud AKAB gunakan blog untuk mendapatkan perempuan, ya?)

Cerita pasal perempuan ni, ya, aku telah membuat keputusan drastik dua hari lepas. Jadi, sekarang, secara rasminya, aku tiada teman wanita dan kembali single. Sesiapa yang ingin berbalas e-mel atau menghantar gambar berlurah dada sila alamatkan ke e-mel aku, dan aku akan membalas e-mel kamu secepat mungkin.

Maaf, nukilan pendek hari ini, kerja banyak menimbun-nimbun bagai pohon yang rimbun.

No comments:

Post a Comment